KEJOHANAN badminton anjuran bersama Pengiran Ismail dan Samli bagi pengguna Dewan Lambak 1 telah melabuhkan tirainya kelmarin dengan perlawanan akhir telah dimenangi oleh Awang Mohd dan Haji Timbang.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat yang juga Presiden Paralimpik Negara Brunei Darussalam, Sheikh Mahmud bin Sheikh Haji Ibrahim.