Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Badminton YBs erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Pasukan Badminton YBs (Yang Bersara), Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kejohanan Badminton bagi merebut hadiah Pengerusi dan hadiah Timbalan Pengerusi bagi bulan Oktober dan November 2025 yang berlangsung di Dewan Tanjung Nangka, baru-baru ini.

    Antara lain tujuan kejohanan itu adalah untuk membangun dan mempererat hubungan Silaturahim Keluarga dan Ukhuwah Persahabatan bagi warga berusia 55 tahun ke atas.

    Di acara itu, Pengerusi Pasukan Badminton YBs (Yang Bersara), Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don, dalam ucapannya antara lain menjelaskan dengan adanya perlawanan Badminton persahabatan akan mendapatkan manfaat kesihatan fizikal dan mental melalui perlawanan yang ‘siok’ dan sistematik.

    “Kejohanan Badminton yang diadakan itu bukan hanya untuk menang-kalah tetapi juga akan meningkatkan penguatan otot, peningkatan semangat dan pembangunan ikatan dengan sahabat berusia melalui interaksi sosial yang positif dan bermanfaat,” jelasnya.

    Selain kejohanan juga akan dapat melatih kemampuan berfikir cepat dan kerjasama semasa bermain beregu.

    Kejohanan Badminton YBs 2025 akan tetap menjadi bukti kekuatan kolaborasi, tekad, dan semangat kerjasama yang padu dan berkobar-kobar dalam mempromosikan cara hidup yang sihat melalui permainan Badminton yang akan mendorong YBs terus sihat dan maju jaya.

    Pengerusi Pasukan Badminton YBs, Awang Haji Abu Bakar menyampaikan ucapan sebelum memulakan kejohanan. – GAMBAR SERAHAN AWANG HAJI ABU BAKAR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda