Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan bola jaring buka tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Kejohanan Liga Bola Jaring Super Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (BDSNSL) 2024 bagi pelajar perempuan dari sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, bermula hari ini.
     
    Pembukaan rasmi kejohanan yang berlangsung di Dewan Serba guna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SM PAPHM) itu telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Norilham bin Haji Jais.
     
    Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam (BNA) itu akan berlangsung sehingga 18 Mei depan di dua lokasi iaitu Dewan Serba guna SM PAPHM dan Dewan Serba guna SM Awang Semaun.
     
    Kejohanan ini disertai oleh seramai 112 orang pelajar perempuan dari lapan buah sekolah, iaitu juara-juara kumpulan di peringkat kelayakan pada 2023.
     
    Antara lain tujuan kejohanan ini dianjurkan adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam sukan bola jaring bagi mewakili Pasukan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) ke kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. 
     
    Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi berkaitan dalam usaha menerapkan pendidikan melalui sukan bola jaring serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan dalam memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera untuk semua peringkat umur. 
     
    Aksi ketangkasan pemain bola jaring dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda