Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan bola jaring buka tirai

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian yang dinanti-nantikan sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-30 2023 bermula di tengah-tengah keriuhan di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas hari ini.

    Kejohanan yang akan berlangsung sehingga 5 November ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA). Secara keseluruhan, 11 pasukan mengambil bahagian dalam kategori veteran dan terbuka.

    Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan pertandingan dan memeriahkan suasana serta menyuarakan sokongan mereka kepada pasukan yang mengambil bahagian.

    Antara aksi semasa kejohanan berkenaan di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Fadhil Yunus
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda