Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Kejohanan Bola Jaring Terbuka 2019 NRBSports yang dianjurkan oleh BSport Event Management dan NR Elite Fitness pada 27 Oktober lalu telah melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Berakas.
Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah berkenaan ialah Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam, Hajah Rosediana binti Haji Hidop.
Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Spitfire muncul juara bagi Kategori Lelaki diikuti oleh Pasukan Royal Aces 323 dan Pasukan Kraken A, yang masing-masing menduduki di tempat kedua dan ketiga dalam kategori berkenaan. Sementara itu juara dalam Kategori Wanita pula dimenangi oleh Pasukan NBMix dari Sabah, Malaysia sekali gus menempatkan Pasukan Spitfire dan Foxc Worriors di tempat kedua dan ketiga dalam kategori berkenaan.
