Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Bola Jaring serlah bakat pemain muda

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Pasukan Velocity telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama kategori ‘Beginner’ dalam Kejohanan Bola Jaring anjuran PHMS FAMILY yang diadakan kelmarin di Dewan Hanger , Kompleks Sukan JKR, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan, Pemangku Pengurus Am Hitune Group of Companies, Dayang Nur Raisyah Hervielyanah binti Muhammad Jefferey.

    Kejohanan yang antara lain bertujuan untuk menyerlahkan bakat pemain-pemain muda sekali gus menimba pengalaman daripada pemain-pemain senior itu telah menyaksikan pasukan Caffene rush dan pasukan Slay sistah masing-masing diumumkan berada di tempat kedua dan ketiga di kejohanan itu.

    Pemain lincah, Irah yang mewakili pasukan Caffene rush telah dipilih penerima anugerah ‘Best Attacker’ dan anugerah ‘Best shooter’ pula dimenangi oleh Siti Zahirah Md Ali Napiah dari pasukan Slay Sistah.

    Pasukan Velocity juara kategori Beginner dalam Kejohanan Bola Jaring, kelmarin.

    Sementara itu, anugerah ‘Best defender’ menjadi milik Nur Azira Haji Amdan dari pasukan ‘PHMS Netballers’ dan anguerah ‘Best player’ pula diberikan kepada Dayang Nurul Ai’naa Fathimatuzzahra binti Awang Azlan dari pasukan ‘NTL’

    Manakala kategori Veteran juga menyaksikan persaingan menarik dengan pasukan Veteran vipers yang telah berjaya menjuarai kejohanan sambil pasukan Legend warrior dan pasukan Mix Team, masing-masing menduduki di tangga kedua dan ketiga.

    Sementara itu, pasukan Veteran vipers menyapu anugerah terbaik yang bermula dengan anugerah ‘Best shooter’ yang diberikan kepada Nur Iffah Natasha Sofea binti Abdullah dan ‘Best defender’ milik Dayang Malasari binti Haji Abdul Latif sementara Dayang Suraya dipilih sebagai‘Best player’.

    Manakala anugerah ‘Best attacker’ dimenangi oleh Noor Afinah binti Abd Mutalif dari pasukan ‘Legend Warrior’.

    Pasukan Veteran vipers, juara kategori veteran sekali gus menyapu tiga anugerah dalam kejohanan tersebut.
    Pemangku Pengurus Am Hitune Group of Companies, Dayang Nur Raisyah Hervielyanah menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah Best Attacker.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda