Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Bola Jaring Wanita Nov ini

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam akan mengadakan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Wanita yang diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tahun 2017 pada 5 hingga 19 November 2017.

    Kejohanan berkenaan akan diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 5, 10 dan 17 November, manakala pada 12 dan 19 November pula akan berlangsung di Stadium Tertutup Berakas.

    Sehubungan dengan kejohanan itu, hari ini telah diadakan Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan di Bilik Hijau Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Kejohanan, Awangku Muhammad Abdul Azim bin Pengiran Asamadi menerangkan mengenai peraturan dan undang-undang perlawanan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa.

    Beliau turut menyentuh mengenai penetapan bahawa setiap pasukan tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga pemain kebangsaan dalam sukan serantau dan antarabangsa.

    Selain itu beliau juga menerangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan format dan peraturan di sepanjang kejohanan itu nanti.

    Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan dan sesi soal jawab sebelum diteruskan dengan acara cabutan undi kumpulan pada kejohanan bola jaringan itu.

    Selesai undian, pasukan dalam Kumpulan A adalah Pasukan Black Diamond, Muara Vella, DST, Rejuven8, XOXO dan Pasukan Red Butterfly. Manakala pasukan yang bakal berentap di dalam Kumpulan B adalah IVY League, Kyosi, MS ABDB, Revival dan Sixty9.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda