Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan boling meriahkan konvokesyen IBTE

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 25 OKT – Lebih 120 pemain boling yang terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menyertai Pertandingan Boling Sepuluh Pin Tahunan IBTE sempena Majlis Konvokesyen ke-32 IBTE yang berlangsung di Pusat Boling Gostrike, semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengetua IBTE Kampus Satelit, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab.

    Dalam pertandingan tersebut, peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pelajar Lelaki, Pelajar Perempuan, dan Pasukan Lelaki dan Wanita bagi tenaga pengajar dan kakitangan.

    Sebanyak lima pasukan berentap dalam Kategori Pelajar Lelaki, enam pasukan dalam Kategori Pelajar Perempuan, dan 10 pasukan dalam Kategori Pasukan Kakitangan dan Tenaga Pengajar.

    Pasukan SBC 1 dari IBTE Kampus Sultan Bolkiah dinobatkan juara dalam Kategori Pasukan Lelaki dan Wanita (tenaga pengajar/kakitangan) dengan catatan jatuhan pin sebanyak 1,167 pin.

    Bagi kategori pelajar, Pasukan Santai Saja Geng (CSG) dari IBTE SBC memenangi Kategori Pelajar Lelaki dengan jumlah 1,375 pin, manakala Pasukan Santai Saja Geng (SSG) muncul juara Kategori Pelajar Perempuan dengan jatuhan 875 pin.

    Antara aksi para pemain semasa kejohanan tersebut di Pusat Boling Gostrike. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda