Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kejohanan boling pupuk semangat kesukanan kakitangan kerajaan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 MAC – Sebanyak 11 jabatan kerajaan dari seluruh Daerah Belait yang terdiri daripada 19 pasukan telah bertanding dalam Kejohanan Boling Ten Pin yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait diadakan sebelum ini pada 1 Mac di Syarikat Boling Go Strike di Seria.

    Kejohanan itu diadakan dalam beberapa kategori antaranya Novis, Wanita, Lelaki Senior dan Pasukan. Perlawanan itu bermula pada waktu pagi di mana individu dan pasukan bersaing sepanjang hari untuk melihat siapa yang boleh menjatuhkan pin terbanyak.

    Pemangku Ketua Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait, Gaung Jamit menghadiri dan menyelia beberapa perlawanan akhir yang diadakan sekali gus menyerahkan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.

    Acara kemuncak ialah Kategori Berpasukan, di mana Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) B menduduki tempat pertama dengan jumlah 1994 pin ditumbangkan.

    Jabatan Pengajian Islam (JPI) A muncul di tempat kedua dengan 1879 jatuhan pin, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) B menduduki tempat ketiga dengan 1856 jatuhan pin. Tiga pasukan terbaik tersebut menerima pingat dan trofi untuk kedudukan masing-masing bagi meraikan pencapaian mereka dalam kejohanan tersebut.

    Jabatan berharap kejohanan itu dapat membantu memberikan peluang dalam menghimpunkan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkongsi minat yang sama untuk sukan itu untuk mengasah lagi kemahiran mereka, di samping menggalakkan semangat kesukanan yang mesra dan menerajui gaya hidup sihat.

    Pasukan HSSB B menerima pingat dan trofi sebagai pasukan tempat pertama daripada tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...