Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan dihentikan akibat cuaca buruk

    PEBBLE BEACH, CALIFORNIA, 5 FEB – Angin kencang di kejohanan AT&T Pebble Beach Pro-Am telah menyebabkan kejohanan itu dihentikan kelmarin.

    Keith Mitchell (gambar-AP) berjaya melalui permainan tersebut walaupun dalam cuaca buruk di Pebble Beach, yang menyebabkan dia menyangka bolanya terkeluar apabila bunyi amaran dibunyikan untuk menghentikan perlawanan akibat dari cuaca.

    Peter Malnati berada di atas carta kejohanan pada pusingannya di Pebble Beach. Dia bermula di sembilan lubang terakhir di sepanjang pusingan dalam keadaan yang tidak berbahaya, dan dia berada di kawasan hijau keempat, melakukan tiga birdie berturut-turut, apabila permainan berhenti.

    Mitchell, bermain bersama quarterback Buffalo Bills, Josh Allen, dan Joseph Bramlett, bermain dengan bintang bola sepak Wales, Gareth Bale, berada di bawah kedudukan 10.

    Kurt Kitayama, pendahulu 36 lubang, dan Hank Lebioda ketinggalan tiga pukulan di belakang.

    Penyebabnya terutamanya ialah lapangan Shore di Monterey Peninsula, padang yang terbentang di sepanjang lautan. Gary Young, ketua pengadil Jelajah PGA, mula mendapat laporan bahawa bola bergerak di atas padang. Dia berkata seorang amatur memukul bola dan angin mula meniupnya semula ke arah pemain tersebut.

    Dengan pusingan ke tiga, permainan perlu dihentikan di ketiga-tiga tempat. Jelajah PGA berharap dapat dimulakan semula pada sebelah petang, melainkan angin bertiup kencang dan ramalan cuaca itu tidak memberikan sebarang keyakinan.

    Pusingan ketiga akan disambung semula pada pagi ini, dan pemain amatur mempunyai pilihan untuk kembali dan melengkapkan pro-am yang hanya 54 lubang. – AP

    Keith Mitchell ketika Pebble Beach Golf Links semasa pusingan ketiga kejohanan golf AT&T Pebble Beach Pro-Am di Pebble Beach, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda