Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Kejohanan Eropah ini adalah yang terakhir’ – Ronaldo

    HAMBURG, 3 JULAI – Cristiano Ronaldo mengesahkan Kejohanan Eropah tahun ini akan menjadi yang terakhir dalam kariernya.

    Superstar Portugal itu, yang ber-usia 39 tahun, bermain di Euro untuk rekod kali keenam dan telah membantu negaranya mara ke suku akhir di mana Kylian Mbappe dan Perancis menanti pasukan itu di Hamburg Jumaat ini.

    Bercakap kepada penyiar awam Portugal RTP selepas kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Slovenia Isnin lalu, Ronaldo berkata, “Tanpa syak lagi, ia merupakan Kejohanan Eropah terakhir saya.

    “Tetapi saya tidak beremosi tentang itu. Saya terharu tentang semua yang berkaitan dengan bola sepak merangkumi semangat yang saya miliki untuk permainan, semangat untuk melihat penyokong saya, keluarga saya, kasih sayang orang ramai terhadap saya,” ujarnya.

    Ronaldo yang merupakan salah seorang penjaring paling prolifik dalam sejarah bola sepak dan mempunyai rekod 14 gol di Kejohanan Eropah, berkata motivasi utamanya kini adalah untuk membuat orang gembira. Dia menangis ketika perlawanan Slovenia selepas sepakan penalti diselamatkan pada masa tambahan. – AP

    Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo dilihat selepas kemenangan menentang Slovenia pada pusingan enam belas perlawanan antara Portugal dan Slovenia pada kejohanan bola sepak Euro 2024 di Frankfurt, Jerman, Isnin, 1 Julai 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...