Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan FMI 2.0 himpun 400 atlet Muay Thai di Melaka

    MELAKA, 10 OKT – Kejohanan Fightnight Muaythai International (FMI) 2.0 yang menghimpunkan hampir 400 atlet Muay Thai amatur dan profesional akan berlangsung di Dewan Tulip Freeport A’Famosa, Alor Gajah, selama tiga hari bermula 17 Oktober ini.

    Presiden Persatuan Muaythai Negeri Melaka (PMNM), Emrito@Haris Alias berkata, kejohanan siri kedua itu akan menyaksikan tujuh pertarungan atlet profesional antarabangsa antaranya dari Malaysia iaitu Muhammad Ali Yaakub atau dikenali sebagai Md Ali yang akan berdepan jaguh dari Thailand, Kaunwan Lek dan Rashid Singa (Malaysia) menentang Shoxhrukh (Uzbekistan).

    Beliau berkata, perlawanan atlet profesional wanita negara Nur Amisha menentang jaguh Muay Thai dari Phuket, Thailand iaitu Chandara juga dijangka menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan.

    Menurut beliau, FMI 2.0 juga menyaksikan kelainan penganjurannya dengan pertarungan tinju antara Frederic Japri dari Tentera Darat dan jaguh negara, Muhammad Aliff Lihan.

    Kejohanan kali ini, katanya menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 bagi kesemua perlawanan selain tujuh tali pinggang bagi kategori profesional. – Bernama

    Emrito@Haris Alias (dua, kanan) selepas sidang media berkaitan penganjuran Kejohanan ‘Fightnight Muaythai International’ (FMI) 2.0 di Melaka pada 10 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda