Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Kejohanan Futsal sempena Sambutan Hari Guru ke-33, 2023 yang berlangsung di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang berjaya ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.
Empat buah pasukan bersaing di peringkat separuh akhir hari ini yang berkesudahan dengan menyaksikan kejuaraan dirangkul oleh pasukan KUPU SB setelah berjaya menewaskan pasukan Jabatan Pengajian Islam pada perlawanan akhir sekali gus menempatkan pasukan tersebut menduduki tempat kedua dalam kejohanan futsal kali ini.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Tutong Kluster 5 ‘A’ setelah menewaskan pasukan UBD yang berada di tempat keempat.
Kejohanan Futsal ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 dengan tema ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’.

(Klik di sini untuk berita lanjut)