Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Futsal HPA ke-32 bakal berlangsung minggu ini

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Kejohanan Futsal Hari Perkhidmatan Awan (HPA) ke-32 2025 akan menjanjikan persaingan yang lebih hebat dan menarik menerusi dua kategori yang dipertandingkan bermula minggu ini.

    “Kejohanan kali ini pasti akan lebih menarik dengan persaingan pasukan-pasukan yang mewakili Kementerian masing-masing untuk memburu gelaran juara.

    “Selaku pihak urus setia kejohanan mengharapkan semangat kesukanan di samping permainan yang bermutu tinggi akan terhasil daripada kejohanan ini,” jelas setiausaha kejohanan, Awang Rosdin Haji Abdul Aziz pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan dan cabutan undi bagi kejohanan berkenaan yang berlangsung di Dewan Teater, Aras Bawah, Bangunan Baru Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, baru-baru ini.

    Kategori Terbuka Kejohanan Futsal HPA ke-32 akan menyaksikan pasukan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bersaing dalam Kumpulan A.

    Sementara itu, bagi Kumpulan B pula akan diwakili oleh pasukan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Pembangunan (MOD), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Manakala, bagi Kategori Veteran pula akan disertai oleh pasukan KHEDN, JPM, MTIC, MOFE, MOH dan MOD.

    Awang Rosdin bergambar ramai bersama para pengurus pasukan kejohanan. – GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL HPA
    ATAS & BAWAH : Para pengurus pasukan membuat cabutan undi. – GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL HPA
    GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL HPA
    GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL HPA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda