Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan futsal jalin keakraban

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Buat julung kalinya SSEAYP International Brunei Darussalam (BERSATU) telah menganjurkan kejohanan futsal Piala Presiden di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan yang menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Grey (OKP) menentang pasukan Merah (OKP).

    Turut hadir pada acara tersebut ialah Presiden BERSATU, Dayang Rosmawatiniah binti Haji Ibrahim dan para pegawai dari Kedutaan Jepun dan ASEAN ke Negara Brunei Darussalam.

    Sebanyak 32 perlawanan yang melibatkan lapan buah pasukan yang menyertai kejohanan yang terdiri daripada bekas peserta SSEAYP, keluarga angkat, perwakilan dari Jepun dan kedutaan ASEAN dan suruhanjaya tinggi serta para pemain pasukan kebangsaan Brunei, Tebuan yang pernah menjulang Piala Malaysia pada tahun 1999.

    Dalam perlawanan akhir, pasukan Grey (OKP) berjaya menewaskan pasukan Merah (OKP) dengan keputusan 2-1. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian pingat dan sijil kepada para pemenang dan peserta kejohanan dan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Dengan penganjuran acara seumpama ini membolehkan persatuan alumni mengekalkan jalinan keakraban bersama masyarakat di negara ini melalui sukan kompetitif.

    Pengiran Haji Matusin dan pemenang kejohanan bergambar ramai semasa acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda