Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Kejohanan Futsal Piala Keputeraan 2022 yang dinanti-nantikan dimulakan dengan meriah di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) semalam.
Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud hadir merasmikan Kejohanan tersebut.
Enam pasukan telah menempah tempat ke pusingan seterusnya selepas tamat perlawanan Kumpulan ‘E’, ‘F’ dan ‘G’.
Enam pasukan tersebut adalah Sporty Guy, DDT FT ‘A’, Boneka FT, Street United ‘A’, Almerez ‘A’ dan Arbisyam ‘B’.
Alemerez merupakan juara bertahan manakala Arbisyam adalah bekas juara selepas merangkul gelaran pada 2014 dan 2016.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan serta dua pemenang tempat ketiga terbaik mara ke peringkat seterusnya.
Kejohanan tersebut yang kali terakhir dianjurkan pada 2018 itu akan diteruskan pada peringkat kumpulan pada Ahad ini (4 september).
Kejohanan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Futsal Piala Keputeraan dengan sokongan Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD).