Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kejohanan go kart bakal bermula 26 Feb

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Para penggemar sukan lumba go kart akan berpeluang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik para pelumba dalam dua acara pertandingan go kart yang dihoskan oleh AZ Karting di F1 Supakart Jerudong Park Playground bermula 26 Februari nanti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AZ Karting, di sini, Kejohanan Rookie Cup Karting 2023 itu merupakan siri lima pusingan yang akan mengetengahkan 10 orang pemandu jemputan kategori novis untuk bertanding bagi merebut piala, hadiah wang tunai dan gelaran Juara Rookie Cup semasa finale musim pada 3 September nanti.

    Diadakan selari dengan kejohanan berkenaan ialah Cabaran Club Kart yang merupakan Cabaran Karting Peringkat Permulaan bagi pelumba-pelumba go kart kali pertama.

    Sesi kelayakan akan diadakan pada 10 hingga 12 Mac untuk menentukan grid lapan orang pemandu yang akan bertanding dalam Kart Rental AZ Karting serta akan berlumba dalam perlumbaan sokongan pada 26 Februari bersama-sama dengan Rookie Cup.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir menyaksikan siri perlumbaan berkenaan dan memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba kegemaran mereka. Pintu masuk adalah melalui pagar utama Jerudong Park untuk menuju ke litar berkenaan.

    AZ Karting telah ditubuhkan pada Mac 2022 dan pakar dalam pengurusan, bimbingan dan pembangunan karting peringkat akar umbi di Brunei dengan rangkaian serantau pakar-pakar relevan dalam bidang sukan permotoran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...