Kejohanan golf amal masih belum tentukan tarikh

MIAMI, 24 APRIL – Tiger Woods dan Phil Mickelson belum menentukan tarikh perlawanan golf amal mereka bersama bintang NFL Tom Brady dan Peyton Manning, tetapi cerita kurang enak antara mereka sudah diperkatakan.

Woods, pemenang kejohanan utama 15 kali dan juara bertahan Masters, memberitahu penaja GolfTV kelmarin bahawa pesanan teks dalam kumpulan di antara empat orang bintang tersebut membesar-besarkan diri mengenai hak kejuaraan yang dimenangi.

“Terdapat sedikit sindir-menyindir, sedikit usik-mengusik,” kata Woods.

“Sama ada ‘saya memerlukan kedi tambahan untuk membawa Super Bowls saya’, kerana dia mempunyai lebih banyak Super Bowls dari rakan saya atau, ‘saya mempunyai lebih banyak kejuaraan dari Phil, jadi saya terpaksa datang dengan memandu trak untuk membuat pukulan pertama,’ kami bergurau berulang kali, ia sungguh hebat.

Perlawanan tersebut: Kejohanan amal telah diumumkan pada Rabu lalu, tanpa mengumumkan tarikh, lokasi dan format, walaupun Woods mengesahkan dia dan pemenang kejuaraan Super Bowls dua kali, Manning akan berdepan dengan pemenang Super Bowls sebanyak enam kali, Brady, dan Mickelson, pemenang kejohanan utama sebanyak lima kali.

Mickelson menewaskan Woods dalam lubang tambahan untuk memenangi AS$9 juta, aksi satu lawan satu pada bulan November 2018 di Las Vegas.

Kejohanan tersebut akan diadakan untuk mengumpul dana bantuan pandemik koronavirus.

“Kami bersama-sama ingin membantu orang lain,” Woods berkata. “Kami sama-sama ingin menunjukkan persembahan golf yang berbeza, tetapi ia mengenai kebajikan. Itulah sebabnya kami melakukannya.” – AFP

Aksi Mickelson dan Woods ketika Kejohanan PGA ke-96 di Louisville, Kentucky. Mereka akan bertanding semasa mereka bersama dengan bekas bintang NFL dalam kejohanan amal yang belum ditentukan tarikh dan lokasinya. – AFP