Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan golf benar hadkan ukuran kayu driver

    LONDON, 13 OKT – Kejohanan golf utama akan memberikan pilihan mengenakan had panjang kayu golf 46 inci dalam usaha untuk mengawal jarak pukulan, langkah yang mungkin menjejaskan pemain seperti Bryson DeChambeau.

    Pemenang Terbuka AS 2020, dikenali sebagai seorang pemain yang hebat membuat pukulan jauh, sebelum ini menggunakan kayu driver berukuran 48 inci.

    Phil Mickelson, yang menggunakan kayu driver berukuran 47.9 inci apabila memenangi Kejohanan PGA AS awal tahun ini, menyelar perubahan peraturan tersebut sebagai ‘menjengkelkan’ dalam Twitternya pada Ogos lalu. Namun mengehadkan ukuran kayu golf dalam salah satu cara untuk penggubal peraturan dapat mengawal jarak pukulan bola.

    R&A dan Persatuan Golf AS (USGA) mengumumkan cadangan untuk mengehadkan ukuran kayu kepada 46 inci pada Februari lalu.

    Mereka mengesahkan semalam bahawa ini akan menjadi pilihan sebagai ‘peraturan model tempatan’ bagi kejohanan peringkat profesional atau amatur elit. Kayu putter adalah terkecuali.

    R&A, yang berpangkalan di St Andrew, Scotland, dan USGA mengumumkan peraturan baharu tersebut akan diguna pakai bermula 1 Januari 2022. Dua badan pengurusan sukan golf seluruh dunia.

    Martin Slumbers, ketua eksekutif R&A berkata, “Kami telah membuat rundingan sepenuhnya dengan industri golf, dengan kebebasan untuk memilih dalam lingkungan rangka kerja peraturan.”

    Ketua eksekutif USGA, Mike Whan berkata, “Sejujurnya, ia bukan ‘penyelesaian’ kepada isu atau debat jarak secara keseluruhan akan tetapi ia lebih kepada pilihan untuk acara kejohanan.” – AFP

    Kejohanan golf utama akan memberikan pilihan mengenakan had panjang kayu golf 46 inci dalam usaha untuk mengawal jarak pukulan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda