Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan golf Jelajah Asia dibelenggu keraguan

    HONG KONG, 31 JULAN – Memulakan semula kejohanan golf Jelajah Asia mencetuskan kebimbangan selepas Terbuka Panasonic Jepun menjadi kejohanan terbaharu yang dibatalkan, meninggalkan hanya satu kejohanan yang dijadualkan pada tahun ini.

    Pegawai menjelaskan pembatalan kejohanan disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara itu, yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada bulan September.

    Setelah Taiwan Masters dibatalkan pada awal bulan ini, hanya Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan yang masih tinggal mengikut jadual kejohanan 2020, yang telah ditangguhkan sejak bulan Mac akibat wabak COVID-19.

    Pesuruhjaya dan ketua eksekutif Jelajah Asia, Cho Minn Thant mengatakan pembatalan terbaharu itu sebagai malang, dalam situasi mencabar yang dialami seluruh dunia pada tahun 2020.

    Jelajah Asia setakat ini tidak dapat menyertai Jelajah PGA Amerika dan Jelajah Eropah untuk kembali berlangsung.

    Hanya empat acara Jelajah Asia yang dapat diteruskan setakat ini pada tahun ini, berbanding dengan 23 acara yang diadakan pada tahun 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda