Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac ini, Kejohanan Bola Keranjang The Ladies RunOff bakal diadakan pada 4 Mac 2018 di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam.
Menurut penganjur, selain keutamaan adalah Kategori Wanita, kejohanan itu juga dibukakan bagi Kategori Lelaki yang diadakan secara berasingan.
Kejohanan itu, yang disokong oleh Big BWN Project, Progresif Cellular Sdn Bhd, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Bake Culture Brunei, BAG Networks Sdn Bhd dan Kajal Beauty House, bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk daya saing tinggi melalui sukan bola keranjang. Ia juga menyediakan platform kepada pemain bola keranjang wanita menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing melalui kejohanan itu.