Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan memanah berlangsung meriah

    Oleh Mohamad Asyramisyanie & AK Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Tan Chai Hong dan Siti Nurafiqah binti Haji Omar Ali Ra ‘Aie muncul juara dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Memanah Tahunan 2017 Ar-Rafi yang berlangsung di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas.

    Siti Nurafiqah menghuni tangga teratas Kategori Bendahara apabila berjaya mencatatkan 94 mata, dua mata dihadapan pencabar terdekatnya Adi Wardi Idris yang hanya mampu mencatatkan 92 mata manakala di tempat ketiga pula disandang oleh Muhammad Zulazizi Bujang.

    Manakala Tan Chai Hong pula meraih 134 mata dalam Kategori Laksamana untuk muncul johan disaingi rapat oleh Mohamad Iqmar bin Yazdi Osli yang berada di tempat kedua diikuti tempat ketiga Muhammad Iskandar bin Haji Jani.

    Sementara itu, kejohanan dimulakan dengan perlawanan yang menyaksikan pemanah Laksamana diikuti dengan pemanah Bendahara. Kejohanan ini juga turut mengadakan dua acara sampingan iaitu acara Raja Botol dan Personal Bow.

    Barisan peserta pertandingan memanah bergambar ketika menyertai kejohanan yang bermula awal pagi semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan kejohanan adalah Pengarah Kemajuan Pelancongan, Haji Mohammad Zamree bin Haji Junaidi.

    Apa yang menarik daripada kejohanan yang pertama kali diadakan di bawah Persatuan Memanah Darussalam itu akan menampilkan lima pemenang teratas Bendahara akan membawa nama negara dalam kejohanan Memanah Tradisi di Kuala Lumpur lewat Januari tahun depan.

    Dua lagi pemanah yang bakal membawa nama selain tiga pemanah teratas hari ini adalah Haji Zainuddin bin Haji Osman dan Mohammad Safiyullah Anuar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda