Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan olahraga Kluster 2 rancak

    Oleh Hasrulraizan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Sekolah Rendah (SR) Haji Mohd Jaafar Maun (HMJM) Kiulap mendahului carta pungutan pingat Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Kluster 2, Negara Brunei Darussalam 2019 di hari keduanya hari ini selepas mengumpul tiga pingat emas dan dua pingat gangsa.

    SR Mabohai dan SR Pengkalan Batu mengekori rapat dengan masing-masing mengumpul dua pingat emas dan satu pingat gangsa bagi kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas itu.

    Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan dan dikendalikan oleh SR Mabohai itu menyaksikan Mohd Hanif bin Yahya dari SR HMJM Kiulap mencatat 28.95 saat untuk meraih pingat emas dalam acara Lari 200 meter (m) Lelaki, disusuli oleh Abdul Afiq bin Azrin dari SR Orang Kaya Setia Bakti (OKSB) Kilanas dengan catatan 30.66 saat memenangi pingat perak dan kemudiannya Ahmad Amizan bin Amran dari SR Pengiran Anak Puteri Besar dengan masa 30.78 saat di tempat ketiga.

    Pelajar SR Mabohai, Jesnita Anak Jimi pula menggondol pingat emas acara Lari 200m Perempuan dengan catatan 34.68 saat, sementara pelajar SR OKSB, Siti Norisan binti Emran mencatat 35.63 saat untuk meraih pingat perak dan Nor Zanahlyn Kay Nicholas dari SR HMJM Kiulap memenangi pingat gangsa setelah menamatkan larian dengan masa 36.57 saat.

    Antara aksi peserta di hari kedua Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Kluster 2 di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda