Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan labuh tirai

    Oleh Fadley Faisal – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78, melabuhkan tirainya dengan majlis penutup diadakan di Pusat Belia, di ibu negara, semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah.

    Dalam Kategori Silat Cakak Asli (Dewasa Lelaki), Awang Muhammad Nizamuddin Mukminin bin Fairulman dari Daerah Belait dinobatkan sebagai juara, manakala Awang Zulfadli bin Junaidi dari Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) merangkul gelaran juara dalam Kategori Kuntau (Dewasa Lelaki).

    Sementara itu, juara bagi Kelas A pula disandang oleh Awang Mohd Reduan bin Sofian dari MS ABDB, manakala Awang Mohammad Ikhwan @ Zakwan bin Awang Empudin dari Daerah Brunei Muara muncul juara Kelas C.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan silat dan diakhiri dengan perarakan keris, sebagai simbolik penutupan rasmi kejohanan.

    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSIB
    GAMBAR SERAHAN PERSIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda