Kejohanan Piala Pinoy Delights bermula

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kejohanan Piala Pinoy Delights Musim Keenam Brunei OFW (Pekerja Seberang Laut Filipina) Ballers (BOB) bermula di Fitness Zone di mana Swagger mengalahkan Cruiser 92-52 pada perlawanan pertama.

Kejohanan yang disertai 10 pasukan berkenaan diadakan antara lain bagi memberikan peluang kepada semua orang bermain bola keranjang sebagai sebahagian daripada aktiviti hidup sihat.

Selain amalan hidup sihat, kejohanan berkenaan juga diadakan bagi membangunkan kemahiran bermain bola keranjang serta mengeratkan hubungan silaturahim antara para pemain dan penyokong.

Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Jefferson Garduque, Chester Almario, Rommel Romero, Reynaldo Sta. Teresa, Edward Ramos, Frank Agarin dan Kristina Sanchez serta ditaja oleh Pinoy Delights bersama Boutique and Tailoring Kitimasli serta SCHMM Leona Trading.

Gambar ramai pasukan yang menyertai Kejohanan Piala Pinoy Delights Musim Keenam.