Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Pingpong 2025 hidupkan semangat sukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Sukan Pingpong kembali mendapat sambutan hangat melalui penganjuran “Universal Tournament Mix Double Team 2025 Season 1” yang telah berlangsung di Pingpong Smash, Jerudong, Brunei Darussalam, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas di acar itu, Presiden Persatuan Pingpong Brunei Darussalam Haji Amrinal bin Haji Amir.

    Beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha anak muda tempatan yang berinisiatif mengadakan pertandingan seumpama ini, kerana ia dapat membantu mencungkil dan melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam arena ping pong negara.

    Dalam pertandingan tersebut, Team Play Like Superstar Senior yang diwakili oleh Muhamad Aiman Mustafa dan Bakhtiar Ramli telah dinobatkan sebagai juara.

    Gambar beramai pemenang dalam Universal Tournament Mix Double Team 2025 Season 1 yang berlangsung di Pingpong Smash, Jerudong, Brunei Darussalam, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MD FRIDAUS HAJI SUHAILI

    Tempat naib juara dimenangi oleh Team MSTT B yang diwakili oleh Haji Madi, Rafidy, dan Saini. Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh pasukan Topspin Kuala Belait yang terdiri daripada Felix Low, Mex Jen Chen, dan Evonne.

    Acara dianjurkan oleh anak tempatan Brunei, Pengiran Muhamad Wa’ie Sufiyan bin Pengiran Haji Mohd Saiffin, dengan tujuan untuk menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap sukan ping pong serta memupuk semangat kesukanan di kalangan pemain pelbagai peringkat umur.

    Gambar atas & bawah, gambar suasana perlawanan Universal Tournament Mix Double Team 2025 Season 1. – GAMBAR SERAHAN MD FRIDAUS HAJI SUHAILI

    Antara kategori yang dipertandingkan, Open (Beginner Category) yang menyaksikan persaingan sengit antara pasukan-pasukan dari pelbagai daerah.

    Penganjuran kejohanan seperti ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk membina keyakinan diri para pemain, di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti penggiat pingpong di seluruh negara.

    Universal Tournament Mix Double Team 2025 Season 1 Hidupkan Semangat Ping Pong di Jerudong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda