Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan Pingpong Belia Asia Tenggara 2023 berakhir

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di bawah kuasa yang diberikan oleh Persatuan Pingpong Asia Tenggara (SEATTA) telah menganjurkan Kejohanan Pingpong Belia Asia Tenggara 2023 selama enam hari yang berakhir kelmarin bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Penutup Kejohanan Pingpong Belia Asia Tenggara 2023 telah diadakan di Dewan Bankuet, Hotel The Lanes, Daerah Tutong malam kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis diserikan dengan persembahan tarian tradisional, Jipin Laila Sembah.

    Tetamu kehormat juga menyampaikan ucapan, disusuli ucapan Setiausaha Agung SEATTA, Muchlis Marliono dan ucapan penutup daripada Presiden BDTTA, Pengiran Haji Muhammad Noor bin Pengiran Haji Tajuddin serta penyampaian sijil kepada delegasi dan penaja.

    Kejohanan disertai sembilan negara iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand dan tuan rumah Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan JBS
    Gambar ramai semasa majlis tersebut bersama tetamu kehormat majlis. – Gambar serahan JBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda