Oleh Salawati Haji Yahya
BAMDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Pasukan Futsal Jabatan Perdana Menteri (PMO) kategori Terbuka dan Veteran berjaya mara ke separuh akhir kejohanan Futsal di antara Kementerian-Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-32.
Pasukan kategori Terbuka PMO layak ke separuh akhir menerusi kemenangan ke atas pasukan Kementerian Kesihatan menerusi sepakan penalti dengan kedudukan 3-2, sementara pasukan Veteran pula bertindak cemerlang selepas menewaskan pasukan Veteran Kementerian Kesihatan dengan jaringan 1-0 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Bagi kategori Terbuka akan menyaksikan pasukan PMO akan berdepan dengan pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) akan menguji pasukan Kementerian Pendidikan (MOE).
Sementara itu, peringkat separuh akhir kategori veteran juga menjanjikan perlawanan menarik dengan pertemuan pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) berdepan dengan pasukan Kementerian Pembangunan (MOD) dan PMO akan bertemu Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (MCYS)
Perlawanan peringkat separuh akhir dan peringkat yang menjanjikan perlawanan menarik itu dijadualkan pada Sabtu depan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kejohanan Futsal HPA di antara Kementerian-Kementerian dianjurkan sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-32 dengan persaingan kategori Terbuka dan Veteran.



