Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Kejohanan Terbuka Pingpong Brunei Darussalam 2023 yang dinanti-nantikan telah bermula di tengah-tengah demam sukan dengan aksi perlawanan berlangsung di Dewan Sukan Menglait, kelmarin.
Kejohanan dua hari itu, yang berakhir hari ini, menyaksikan seramai 32 pemain yang menduduki tempat pertama dan kedua dalam kumpulan masing-masing mara ke pusingan pemenang.
Sementara itu, 32 pemain yang menduduki tempat ketiga dan keempat memasuki pusingan kalah.
Manakala seramai 25 pemain yang menduduki tempat kelima dan keenam turut mara ke pusingan yang kalah.
Lapan peserta wanita mara ke suku akhir, yang mana pusingan akhir diadakan hari ini dan berakhir dengan upacara penyampaian hadiah.
