Kejohanan WGC-HSBC dibatalkan

SHANGHAI, 2 SEPT – Kejohanan Golf Dunia-HSBC (WGC-HSBC) di Shanghai pada bulan depan, dimenangi oleh Rory McIlroy pada tahun lalu, telah dibatalkan disebabkan pandemik koronavirus, kata penganjur hari ini.

Acara itu, yang pada tahun 2019 mempunyai wang hadiah terbesar dalam mana-mana kejohanan di luar AS atau kejohanan utama pada AS$10.25 juta, dianjurkan bersama oleh PGA AS, Jelajah Eropah dan Jelajah Asia.

Ia telah dijadualkan berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November di Kelab Golf Antarabangsa Sheshan dan merupakan acara terakhir dalam pusingan tiga kejohanan Asia PGA Tour yang menawarkan hadiah berjumlah AS$29.75 juta.

Namun ketiga-tiga acara, kemuncak dalam kalendar golf Asia, telah dihapuskan dari benua oleh koronavirus selepas Piala CJ di Korea Selatan dan Kejohanan Zozo Jepun dipindah ke padang di Amerika Syarikat.

Semua acara antarabangsa di China telah dibatalkan untuk tahun ini disebabkan pandemik.

“Kami telah bekerjasama dengan semua jelajah, pegawai antarabangsa, Persatuan Golf China dan pihak tempatan lain untuk mencari penyelesaian untuk menganjur Kejohanan WGC-HSBC,” kata Ty Votaw, naib presiden operasi antarabangsa PGA Tour. – AFP

Gambar fail menunjukkan reaksi Tiger Woods selepas memenangi Kejohanan Zozo PGA Tour di kelab golf Accordia Narashino di Inzai, timur Tokyo, Jepun. – AP