Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejuaraan Cub Prix 2025 buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang

    KAJANG, 10 APRIL – Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2025 yang berlangsung 10 pusingan akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada 19 April ini.

    Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg berkata 17 pasukan akan mengambil bahagian dalam tujuh kategori seperti yang dipertandingkan pada musim lepas.

    “Format pertandingan bagi musim 2025 masih sama dan tiada perubahan. Perkara ini sudah kita bincang dengan pasukan terlibat.

    “Sebelum ini memang kita ada perbincangan untuk menukar format dan ia mungkin akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media di Litar Go-Kart Antarabangsa LYL di Sungai Long di Kajang hari ini.

    Sementara itu, Cub Prix Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia.

    Ketua Bahagian Pencegahan Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr Azlan Darus berkata kerjasama itu akan memanfaatkan platform berprofil tinggi Cub Prix untuk menyampaikan mesej keselamatan jalan raya yang penting, khususnya kepada penunggang motosikal. – Bernama

    Ron Hogg menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Kejuaraan Petronas MAM Malaysia Cub Prix Musim 2025 di Litar Antarabangsa LYL Karting, Sungai Long kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda