MONACO, 30 MEI – Sergio Perez memanfaatkan sepenuhnya keputusan strategik pasukan Red Bull miliknya untuk menahan tekanan lewat daripada pemandu Ferrari, Carlos Sainz sekaligus memenangi Grand Prix Monaco yang ditangguhkan disebabkan hujan dan insiden kemalangan.
Dalam perlumbaan yang tamat di bawah peraturan masa dua jam, pelumba Mexico berusia 32 tahun itu mencatat 1.1 saat di hadapan pesaingnya dari Sepanyol dengan rakan sepasukan Red Bull dan mengatasi pendahulu siri serta juara dunia Max Verstappen yang mendapat tempat ketiga.
Charles Leclerc yang merupakan pemandu pilihan tempatan menduduki tempat keempat bersama Ferrari kedua selepas pit-stop berganda yang mengelirukan menyebabkan dia kehilangan kedudukannya sebagai pendahulu.
Ia merupakan kemenangan pertama Perez musim ini dan yang ketiga dalam kariernya, sekaligus menamatkan penguasaan Verstappen dan Leclerc, menjadikannya pemandu F1 Mexico yang paling berjaya, mendahului Pedro Rodriguez.
Sementara itu, George Russell mendapat tempat kelima bersama Mercedes dengan pemanduan yang dinilai dengan baik mendahului rakan senegaranya dari Britain, Lando Norris dari McLaren, juara dua kali Fernando Alonso dari Alpine dan juara tujuh kali, Lewis Hamilton.
Valtteri Bottas menduduki tempat kesembilan untuk Alfa Romeo dan juara empat kali, Sebastian Vettel ke-10 untuk Aston Martin.
Manakala itu, rakan senegara Vettel, Mick Schumacher, terselamat daripada kemalangan yang menakjubkan apabila kereta Haas miliknya terbelah dua selepas melanggar penghadang.
Selepas dilewatkan sejam kerana hujan lebat dan beberapa penilitian berhati-hati oleh Kawalan Perlumbaan, diikuti dengan dua pusingan di belakang Kereta Keselamatan, perlumbaan akhirnya dapat dimulakan dengan lancar. – AFP