Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejuaraan Lombardia labuh tirai Nibali

    COMO, 9 Okt – Vincenzo Nibali (gambar) dari Itali telah menjuarai Giro di Lombardia, buat kali kedua Sabtu lalu dalam perlumbaan yang dibayangi dengan kemalangan Laurens De Plus dari Belgium.

    Penunggang Bahrain, Nibali menamatkan setengah minit di depan Julian Alaphilippe dari Perancis dalam perlumbaan penuh drama sejauh 247km antara Bergamo dan Como di utara Itali. Gianni Moscon dari Itali melintasi garisan bagi tempat ketiga dengan 38 saat.

    “Ini adalah saat mengembirakan untuk saya menutup musim,” kata Nibali.

    “Semua orang menyaksikan saya. Setiap kali saya memecut, saya dapat disaingi. Saya faham bahawa saya perlu mencari sesuatu yang lain untuk menang,” jelas Nibali.

    The Shark, nama gelaran Nibali, menambah gelaran yang dimenanginya dalam tahun kelima perlumbaan lima ‘Monumen’ berprestij dua tahun lalu.

    Melintasi garisan penamat di bawah sinar matahari di tebing tasik terkenal Itali, penunggang berusia 32 tahun itu menunjukkan ‘50’ dengan jarinya bagi jumlah keseluruhan kemenangannya.

    Nibali berada dalam prestasi yang baik musim ini, menamatkan di kedudukan kedua kepada Chris Froome bulan lepas di Vuelta a Espana, bahkan berada di tempat ketiga Giro d’Italia pada bulan Mei, dua daripada tiga Grand Tours.

    “Saya sangat berharap kerana selepas banyak podium yang saya sudah menangi,” katanya.

    “Saya mengenali laluan ini, saya kerap berlatih di sini. Saya tahu ia sukar tetapi hari ini (Sabtu lalu) pasukan saya beraksi sempurna meskipun (Franco) Pellizzotti dan (Enrico) Gasparotto tidak berada di tahap terbaik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda