Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejuaraan Snuker, pertembungan anak dan bapa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Pemain bakat muda Brunei, Haji Mohd Haikal Qarin bin Haji Haironi Hamizin memulakan kempennya di Kejuaraan Merce Snooker 2021 dengan kemenangan 2-0 menentang Awangku Abdul Wafiy dalam pusingan awal Kumpulan C yang berlangsung di Kafe Merce Snooker di Kiulap semalam.

    Kemenangan itu mewujudkan perlawanan sensasi di mana pemain remaja negara itu akan menentang ayahnya Haji Haironi Hamizin dalam pusingan seterusnya pada 30 Julai ini.

    Haji Haironi sebelum ini berjaya mara ke pusingan seterusnya berikutan kemenangan 2-0 ke atas Abdul Rahman.

    Pemenang antara mereka akan bertemu menentang Airwan atau Pengiran Zaini pada 1 Ogos, dengan kemenangan itu membantu mereka menduduki tempat di lapan teratas.

    Airwan dan Pengiran Zaini masing-masing meraih kemenangan 2-1 ke atas Zi Shahnom dan Jong Wee Lee.

    Aksi Haji Mohd Haikal semasa perlawanan menentang Awangku Abdul Wafiy dalam Kejuaraan Merce Snooker 2021.

    Sementara Nur Sallehuddin berjaya mengalahkan Hasrijam sebagai salah satu perlawanan menarik dalam kejohanan tersebut dengan kemenangan 2-1.

    Manakala dalam Kumpulan C menyaksikan Azuan mara ke pusingan seterusnya setelah meraih kemenangan 2-1 ke atas Aziz, diikuti oleh Haji Sahruzzaman yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Syahremy dan Abdul Rahim menang 2-0 terhadap Kassim.

    Nur Sallehuddin akan bertemu untuk melawan Haji Sahruzzaman sementara Azuan akan menentang Abdul Rahim dengan kedua-dua perlawanan dijadualkan pada 30 Julai nanti.

    Semalam juga telah menyaksikan tamatnya perlawanan pusingan awal Kumpulan D selepas baki lapan daripada 64 peserta keseluruhan berjaya mara ke peringkat seterusnya.

    Perlawanan akan diteruskan dengan pusingan kedua perlawanan Kumpulan A pada 28 Julai, di mana Pengiran Basheer akan menentang Nuraleem sementara Faisal akan menentang Chai Chang Fong.

    Haji Kamarul Zaman akan menghadapi ujian sukar berdepan Koh Yaw Boon, sementara Lim Wei Kok perlu mengatasi Asrizal untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

    Peringkat kumpulan pertandingan akan berlangsung sehingga 5 Ogos, perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung pada 6 Ogos dengan final pada hari berikutnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda