Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kejutan buat ST12

    Kemunculan Datuk Amy Search ketika persembahan kumpulan dari Indonesia, ST12 di Konsert ST12 & Nidji Live In Sabah, baru-baru ini mengejutkan ST12.

    ST12 yang pernah merakam semula lagu Isabella daripada Search dengan susunan muzik berbeza bagi album P.U.S.P.A (Repackage) 14 tahun lalu, menyifatkan kemunculan Amy bukan saja penampilan istimewa buat penonton, tetapi kejutan saat akhir buat mereka.

    Amy berada di Sabah bagi menjayakan Konsert Sentuhan Agro Madani peringkat Sabah di perkarangan Kompleks Sukan Likas muncul di pentas konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyanyikan lagu Isabella bersama ST12.

    Penyanyi ST12, Firman Siagian bersama Aris Idol juga dilihat berkongsi keterujaan bersama penonton tatkala melihat kemunculan penyanyi legenda itu.

    Malah, pemain bes ST12, Indra dilihat memberikan standing ovation sebelum memeluk penyanyi berusia 65 tahun itu.

    AMY muncul ketika ST12 menyanyikan lagu Isabella. – Harian Metro

    Pemain dram ST12, Ilham Febry atau Pepep berkata, kehadiran Amy bagaikan menyuntik semangat buat ST12 memberikan persembahan bertenaga.

    “Kita terkejut apabila penganjur memaklumkan Amy mahu hadir dan membuat penampilan sewaktu ST12 menyanyikan lagu Isabella.

    “Ini adalah penghargaan serta penghormatan buat kami kerana beliau memang menjadi salah seorang idola ST12 sejak dulu.

    “Kami pastinya rasa terharu kerana Amy sendiri yang menawarkan diri untuk hadir di pentas bersama kami untuk konsert di Sabah kali ini,” katanya kepada Harian Metro.

    Ditanya sama ada ST12 mempunyai perancangan merakam lagu bersama Amy, Pepep berkata, mereka sentiasa menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Amy.

    Menurut Pepep, Amy mempunyai ciri vokal khas yang tidak terdapat pada penyanyi lain dan kelebihan itulah mampu meletakkannya pada kedudukan tersendiri dari dulu hingga sekarang. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...