Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kek Brownies Indulgence: Aroma kafe mewah

    Oleh Hajib Sarhan – 

    Kek Brownies Indulgence merupakan resipi yang bukan sahaja memuaskan deria rasa, malah mampu membuat sesiapa yang merasainya jatuh cinta pada suapan pertama.

    Dengan tekstur fudgy, lembap, permukaan berkedut yang menggoda, dan aroma coklat yang dipertingkatkan dengan bancuhan espresso setiap suapan pasti meninggalkan kenangan manis. Resipi ini sesuai untuk pencinta coklat sejati dan pencuci mulut yang memuaskan hati.

    Saiz Hidangan: Loyang 9 inci x 9 inci
    Masa Penyediaan: ±1 jam
    Suhu Bakar: 160°C

    CARA-CARA:

    Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Sapu mentega pada loyang bersaiz 9 inci x 9 inci dan alas dengan kertas baking agar mudah dikeluarkan nanti.

    Dalam mangkuk tahan panas, cairkan mentega bersama coklat gelap menggunakan kaedah double boiler letakkan mangkuk di atas periuk air mendidih dan kacau hingga sebati.

    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    Setelah cair sepenuhnya, ketepikan seketika untuk menyejuk.

    Dalam mangkuk lain, ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam halus bersama.

    Seterusnya, bancuh air panas bersama serbuk espresso atau Nescafe dan ketepikan. Ini akan menyerlahkan rasa coklat dalam brownies.

    Dalam mangkuk besar, pukul telur dan gula perang sehingga sebati cukup sekadar tercampur rata. Jangan pukul terlalu lama kerana ia boleh menghalang pembentukan kedutan cantik di permukaan brownies.

    Masukkan esen vanila, diikuti bancuhan espresso tadi, dan tuangkan coklat cair ke dalam adunan. Gaul perlahan-lahan.

    Kemudian masukkan bahan kering yang telah diayak. Gaul adunan menggunakan teknik kaup balik dengan spatula sehingga semua bahan sebati jangan terlebih gaul.

    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaan dan bakar selama 30–35 minit.

    Brownies yang sempurna akan kelihatan sedikit basah dan melekat pada lidi apabila diuji – ini menunjukkan bahagian dalamnya masih lembut dan tidak terlalu kering.

    BAHAN-BAHAN:

    Bahan Kering (diayak bersama):
    • 100g tepung gandum
    • 30g serbuk koko
    • ½ sudu kecil garam halus

    Bahan Coklat:
    • 150g mentega tanpa garam
    • 200g coklat gelap/dark chocolate (pilih kualiti premium untuk rasa terbaik)

    Bahan Lain:
    • 2 sudu besar air panas
    • ¾ sudu kecil serbuk espresso atau Nescafe
    • 200g gula perang lembut (boleh kurangkan kepada 150g jika kurang gemar manis)
    • 4 biji telur gred B
    • 1 sudu kecil esen vanila

    PETUA TEMBAHAN:

    Untuk hasil lebih fudgy, jangan terlebih bakar. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong untuk potongan yang lebih kemas dan rasa yang lebih padat.

    Hidangkan bersama aiskrim vanila untuk pengalaman indulgence yang sebenar!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda