Selasa, Julai 29, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kek pisang klasik, pasti memikat selera

    Oleh Hajib Sarhan – 

    Kek pisang adalah salah satu kek yang popular dan tidak pernah lapuk dek zaman. Aroma pisang yang harum, digabungkan dengan kelembutan kek yang gebu, menjadikannya kegemaran untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Resipi ini menggunakan bahan asas yang mudah didapati dan sesuai untuk pemula mahupun yang sudah berpengalaman di dapur.

    Saiz Hidangan: Sesuai untuk loyang 8 inci x 8 inci
    Masa Penyediaan: ±1 jam
    Suhu Bakar: 170°C (turunkan kepada 160°C selepas 15 minit)

    BAHAN-BAHAN UTAMA :

    5–6 biji pisang emas sederhana (atau 4 biji pisang berangan besar) – dilecek halus
    ½ cawan gula kastor
    ½ cawan gula perang
    1 cawan minyak canola atau minyak jagung
    4 biji telur
    ½ sudu kecil garam
    1 sudu kecil esen vanila

    Bahan Ayak:
    1½ cawan tepung gandum
    1 sudu kecil serbuk penaik (soda bikarbonat)
    1½ sudu kecil serbuk penaik

    Cara Penyediaan:

    Mula-mula, sapu minyak pada loyang bersaiz 8 inci x 8 inci dan alas dengan kertas baking. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Dalam mangkuk besar, ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik, kemudian ketepikan.

    Dalam pengisar, masukkan telur bersama gula kastor dan gula perang. Kisar selama beberapa minit sehingga adunan kembang dan gebu. Seterusnya, masukkan minyak, pisang yang telah dilecek, garam dan esen vanila. Kisar sekali lagi selama beberapa minit hingga sebati.

    Tuangkan adunan basah ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Gaul menggunakan teknik kaup balik secara perlahan-lahan hingga semuanya bercampur rata.

    Elakkan mengacau terlalu lama agar kek tidak menjadi keras.

    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi. Jika suka, boleh hiaskan bahagian atas kek dengan hirisan pisang. Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Selepas 15 minit pertama, turunkan suhu ketuhar kepada 160°C dan teruskan membakar sehingga permukaan kek keperangan dan bahagian dalam masak sempurna.

    Petua Tambahan:

    Untuk kek yang lebih lembut, gunakan pisang yang benar-benar masak. Kek ini juga sedap dinikmati keesokan harinya kerana teksturnya akan menjadi lebih lembut.

    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda