Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kek Tiramisu: Kelembutan dalam setiap suapan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Kek Tiramisu ialah sejenis hidangan yang berasal dari Itali, ia dikenali dengan lapisan teksturnya yang lembut, rasa kopi yang kaya dan aroma keju mascarpone yang halus.

    Hidangan ini biasanya disediakan dalam loyang, menjadikannya kelihatan menarik dengan lapisan yang jelas. Kek Tiramisu adalah pilihan popular untuk majlis istimewa atau sebagai pencuci mulut selepas makan malam.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tiramisu terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, bahan untuk lapisan biskut, bahan untuk krim mascarpone dan bahan hiasan.

    Bahan untuk lapisan biskut adalah seberti 250g biskut ladyfingers (biskut Savoiardi), 1 cawan kopi espresso atau kopi pekat yang disejukkan dan 2-3 sudu besar likuor seperti Kahlua, rum atau Marsala.

    Manakala bahan-bahan untuk krim mascarpone pula adalah seperti 500g keju mascarpone, 1 cawan krim putar (heavy cream), ½ cawan gula kastor, 4 biji telur kuning atau boleh ganti dengan ½ cawan susu pekat untuk versi tanpa telur dan 1 sudu teh esen vanilla.

    Gambar Freepik
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Bahan untuk hiasan pula adalah seperti serbuk koko untuk taburan atas dan coklat gelap parut sebagai pilihan.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediaannya pula. Untuk menyediakan kopi untuk biskut, mula-mula bancuh kopi espresso atau kopi pekat dan biarkan sejuk, kemudian campurkan dengan likuor jika menggunakannya dan ketepikan.

    Manakala untuk menyediakan krim mascarpone pula, dalam mangkuk, pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang dan berwarna pucat. Selepas itu masukkan keju mascarpone sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, gaul hingga sebati. Dalam mangkuk lain, pukul krim putar hingga menjadi pekat (soft peaks). Selepas itu campurkan krim putar ke dalam adunan keju mascarpone, lipat secara perlahan hingga sebati.

    Cara untuk menyusun lapisan biskut, celupkan biskut satu persatu ke dalam kopi, pastikan tidak terlalu lama agar tidak terlalu lembik. Kemudian susun biskut yang telah dicelup ke dalam loyang atau bekas kaca sebagai lapisan pertama.

    Untuk menambah krim mascarpone pula ratakan separuh daripada campuran krim mascarpone ke atas lapisan biskut, kemudian ulang proses dengan lapisan biskut dan baki krim mascarpone. Setelah itu hias dan sejukkan, taburkan serbuk koko secara rata di atas lapisan terakhir, jika suka boleh tambahkan coklat gelap parut untuk hiasan tambahan.

    Kemudian tutup bekas dengan plastik pembungkus dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam atau sebaiknya semalaman untuk membolehkan rasa meresap dan kek tiramisu ini sedia untuk dinikmati, potong dan hidangkan dengan penuh gaya. Selamat mencuba.

    BAHAN-BAHAN:

    Lapisan Biskut:
    • 250g biskut ladyfingers (biskut Savoiardi)
    • 1 cawan kopi espresso atau kopi pekat (sejukkan)
    • 2-3 sudu besar likuor (pilihan, seperti Kahlua, rum, atau Marsala)

    Krim Mascarpone:
    • 500g keju mascarpone
    • 1 cawan krim putar (heavy cream)
    • 1/2 cawan gula kastor
    • 4 biji telur kuning (atau boleh ganti dengan 1/2 cawan susu pekat untuk versi tanpa telur)
    • 1 sudu teh esen vanila

    Hiasan:
    • Serbuk koko (untuk taburan atas)
    • Coklat gelap parut (pilihan)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda