Thursday, May 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekal aktif pada bulan Ramadan

    MELAKUKAN aktiviti fizikal atau senaman pada bulan Ramadan mungkin kedengaran tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

    Ramai juga yang mungkin beranggapan adalah lebih baik untuk menghentikan segala aktiviti fizikal seketika sehinggalah berakhirnya Ramadan. Malah, pendapat seperti ini nampaknya munasabah memandangkan tubuh dikhuatiri akan kehilangan lebih banyak air jika menjalani latihan senaman.

    Hakikatnya, senaman sepanjang Ramadan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi digalakkan. Namun, semua ini bergantung kepada ketahanan fizikal seseorang individu, jenis senaman dan masa untuk melakukannya.

    Sebenarnya, sama ada mahu bersenam atau tidak, ia adalah pilihan masing-masing. Tetapi, sudah tentu bersenam ketika bulan puasa ada garis panduannya.

    Cabaran melakukan aktiviti fizikal dan senaman pada bulan mulia ini terletak kepada masalah tubuh seandainya tersilap memilih waktu dan bentuk senaman yang dilakukan.

    Senaman sepanjang Ramadan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi digalakkan. bergantung kepada ketahanan fizikal seseorang individu, jenis senaman dan masa untuk melakukannya.
    Senaman sepanjang Ramadan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi digalakkan. bergantung kepada ketahanan fizikal seseorang individu, jenis senaman dan masa untuk melakukannya.

    Keadaan iklim negara yang panas lembap mungkin menyebabkan tubuh dehidrasi. Jadi, bergiat dalam aktiviti sukan atau kardio sebelum berbuka tidak akan membantu. Sebaliknya, berpuasa dan aktif akan menjurus kepada masalah kehilangan air.

    Melainkan jika anda ingin membakar lemak, maka melakukan aktiviti ringan pada sebelah petang iaitu sebelum berbuka adalah digalakkan. Berjoging secara perlahan merupakan contoh terbaik.

    Tempoh masa selama setengah jam sudah cukup ideal dan memadai agar tidak mengundang kepenatan serius.

    Jika tubuh sudahlah terlalu letih, ditambah pula berpuasa daripada minum dan kepala terasa pening-pening atau tidak sihat, maka, anda patut ‘mendengar’ kepada diri. Hentikan senaman serta-merta.

    Aktiviti fizikal bagaimanapun tidak digalakkan pada sebelah pagi selepas bersahur kerana bimbang akan menjurus kepada masalah dehidrasi.

    Bagi mereka yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal selepas berbuka, adalah menasihatkan agar tidak terus melakukannya sejurus selepas berbuka.

    Seandainya anda ingin melakukannya sekitar pukul 8.30 malam, jadi hidangan yang diambil ketika berbuka adalah ringan dan mudah untuk dihadam.

    Biar pun dengan lambakan dan godaan makanan serta kecenderungan makan setelah lebih 12 jam berpuasa, kebanyakan orang akan kehilangan berat badan sepanjang Ramadan.

    Amat sukar berat seseorang bertambah pada Ramadan tidak kira betapa banyak yang telah dimakan kerana hidangan yang diambil sepanjang mengerjakan ibadah puasa tidaklah sebanyak berbanding diet pada hari-hari biasa.

    Tambahan pula, kurangnya selera makan dan keletihan sewaktu bersahur menghalang seseorang daripada makan berlebihan. Atas sebab itu, kebanyakan kita akan kehilangan sedikit berat badan dan otot tanpa perlu berusaha kuat.

    Dalam pada itu, latihan atau senaman berat (angkat berat) harus dielakkan ketika berpuasa. Tubuh yang kekurangan nutrisi tidak mempunyai tenaga bagi menampung senaman berat. Tambahan juga, jika anda bertegas melakukannya, anda mungkin menghadapi masalah mengecaj semula nutrisi yang hilang.

    Jika hendak lakukan senaman berat ketika berpuasa, tubuh bukan sahaja tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya tetapi badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga, jadi, ia satu kerugian.

    Bagaimanapun, seperti juga aktiviti atau latihan kardio yang lain, senaman berat boleh dilakukan selepas berbuka.

    Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.

    Memandangkan amat sukar untuk membentuk otot pada Ramadan, maka jadikanlah ini masa yang baik bagi melatih mengekalkan sebarang jisim otot yang telah diperoleh sebelum Ramadan.

    Apa pun pilihan anda, sama ada bersenam atau tidak, adalah disarankan agar tidak mengambil makanan berlebihan dan bersenam selepas itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/