KLINIK Pakar Dematologi Renaissance adalah sebuah pusat pakar kulit yang terletak di kawasan strategik di Mount Elizabeth Novena Hospital, sebuah kawasan hab perubatan Novena yang sedang berkembang maju. Klinik Pakar Dermatologi Renaissance diterajui oleh Dr Noor Hanif Said, seorang pakar perunding dermatologi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan, Singapura.
Klinik Pakar Dermatologi Renaissance menyediakan pelbagai jenis rawatan menyeluruh daripada masalah kulit sehinggalah masalah rambut dan kuku yang dialami oleh pesakitnya dari pelbagai peringkat umur. Klinik ini menggunakan kaedah rawatan teknologi terkini yang bermutu tinggi dalam prosedur dermatologi estetik bagi mengoptimumkan lagi kesihatan para pesakitnya.
Klinik Pakar Dermatologi Renaissance memberi penekanan dalam penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dengan standard perkhidmatan yang cemerlang. Falsafah yang dipegangnya adalah untuk menyediakan rawatan yang terbukti dan beretika yang sesuai bagi semua kaedah perubatan dan keadaan kulit estetik dengan suasana persekitaran kontemporari yang menenangkan.
Klinik ini menyedari bahawa setiap individu adalah unik dan memerlukan satu pelan rawatan khas secara peribadi. Ia juga berusaha untuk menggabungkan seni perubatan yang terbaik dengan penyelidikan terkini dan teknologi yang canggih dalam merangka pelan rawatan individu demi mencapai hasil yang diinginkan, eksklusif dan bermutu.
Dr Noor Hanif Said
Dr. Noor Hanif Said, pengarah dan perunding perubatan dermatologi di klinik ini sangat komited untuk menyediakan penjagaan dermatologi yang berkualiti tinggi. Sebagai seorang ahli dermatologi yang bertauliah, beliau telah menyediakan pelbagai jenis rawatan perubatan dan keadaan kulit estetik. Dengan pengalamannya selama lebih dari satu dekad dalam bidang perubatan dan juga semangat keazamannya untuk membantu orang ramai, Dr. Hanif cuba untuk membawa keremajaan kepada pesakitnya dan juga memperbaharui keyakinan mereka semasa dalam penjagaan beliau.
Dr. Hanif adalah seorang perunding dermatologi yang telah memenangi anugerah dengan mempunyai pengalaman perubatan selama lebih 15 tahun. Sesuai dengan nama klinik beliau, Dr. Hanif memacukan pengalaman dan kepakaran beliau itu dalam rawatan semasa di bidang rawatan perubatan dermatologi, dan begitu juga dalam rawatan penjagaan kulit estetik.
Pada tahun 2011, beliau telah menerima anugerah berprestij iaitu Best Poster Award (Clinical Research) semasa Kongres Biomedikal dan Kesihatan Singapura. Dr. Hanif juga telah terlibat dalam dunia akademik sebagai seorang tutor klinikal dan pemeriksa di Yong Loo Lin School of Medicine, National University of Singapore (NUS).
Di samping itu, sebagai satu-satunya ahli dermatologi melayu dan yang pertama di Singapura, Dr. Hanif telah muncul sebagai seorang pakar perubatan dalam program televisyen dan radio yang disiarkan di Mediacorp TV Suria dan Mediacorp Radio Warna. Beliau juga telah banyak menyumbangkan artikel-artikel dalam media cetak.
Melalui klinik beliau ini, Dr. Hanif telah membuat rangkaian perubatan yang lengkap sama ada dari segi rawatan dermatologi perubatan, pembedahan dan rawatan estetik yang kini lebih mudah diakses oleh pesakitnya.
Dr Hanif kini merupakan seorang ahli di Chapter of Dermatologists, College of Physicians, the Dermatological Society of Singapore (DSS), dan juga ahli dalam American Society for Laser Medicine and Surgery (ASLMS).