Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekal feminin dengan gaya kasual

    Oleh Zanyra Dawoud

    TERKENAL dengan seni jahitan yang lembut, penekanan pada bahagian bentuk badan serta rekaan persalinan baju panas yang menarik sehingga mencecah ke bahagian leher, Jason Wu kini kembali lagi koleksi busana terbaru untuk jenama Boss.

    Menariknya, koleksi terbaru yang diperagakan ini sesuai digayakan bukan sahaja untuk ke pejabat malah juga secara kasual.

    Seperkara yang turut dimuatkan di dalam koleksi terbaru ini juga adalah gaya rekaan beliau sendiri iaitu teknik jahitan lembut dan dinamik sehingga berjaya menghasilkan jaket yang menyerupai seperti pajama berwarna hitam dan putih yang dipadankan dengan sepasang seluar hitam panjang yang memberikan penampilan yang sangat meyakinkan bagi seseorang wanita yang menggayakannya.

    Malah lebih istimewa lagi melalui koleksi ini, beliau turut menampilkan beberapa pasang busana dengan gaya sporty di mana terdapat sepang seluar yang menggunakan fabrik yang bercantum serta turut menggunakan rekaan jalur sebagaiman yang selalu ditampilkan di dalam kebanyakan rekaan pakaian sukan.

    Bagi wanita yang gemar tampil dengan gaya feminin pula boleh menggayakan pelbagai rekaan gaun sama ada pada potongan pendek paras lutut atau gaun malam yang dilengkapi dengan gaya rekaan arkitektur, diperbuat daripada fabrik chiffon yang setentunya dapat memberikan sentuhan gaya elegan kepada wanita yang menggayakannya.

    Bahkan ia lebih feminin lagi apabila terdapat beberapa rekaan pakaian yang diperbuat daripada fabrik pakaian yang menampilkan corak dan motif bunga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda