Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KEKAL rai ulang tahun ke-11

    Oleh Kasha

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Kelab Motosikal KEKAL, Daerah Tutong, hari ini, meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-11 dengan majlis yang berlangsung di Restoran D’Amin Menglait, Gadong, dihadiri seramai 50 orang ahlinya.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi para ahli kelab yang telah kembali ke rahmatullah dan juga Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Ketua Biro Ugama, Haji Sukaimi bin Haji Serudin.

    Yang Di-Pertua KEKAL, Awang Samsudin bin Haji Lani dalam ucapannya telah menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli yang selama ini telah memberikan sokongan serta kerjasama yang erat kepada ahli jawatankuasa dalam menjayakan aktiviti sama ada berupa jemputan daripada pihak kerajaan, swasta dan juga jemputan dari negara jiran.

    Ahli-ahli kelab merakamkan gambar kenang-kenangan semasa majlis berkenaan.
    Ahli-ahli kelab merakamkan gambar kenang-kenangan semasa majlis berkenaan.

    Di majlis itu, Awang Samsudin juga telah menyampaikan sijil-sijil keahlian, sijil-sijil keahlian seumur hidup serta penyampaian lencana aktiviti yang telah disertai oleh ahli-ahli kelab.

    Hadir sama di majlis berkenaan ialah salah seorang pengasas kelab dan juga mantan Yang Di-Pertua, Haji Yusof bin Haji Siput.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda