Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kekal rendah diri, Ngumoha’ – pesan Van Dijk

    NEWCASTLE, 26 OGOS – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata kerja keras baru sahaja bermula untuk Rio Ngumoha yang berusia 16 tahun selepas gol kemenangan dramatiknya menewaskan Newcastle 3-2 awal pagi tadi.

    Ngumoha menjadi penjaring gol termuda kelab itu pada penampilan sulungnya selepas diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol pada minit ke-100 di St James’ Park.

    Pada mulanya, Liverpool mendahului 2-0 menentang 10 pemain hasil jaringan Ryan Gravenberch dan Hugo Ekitike, kedua-dua belah pihak yang menerima kad merah Anthony Gordon.

    The Magpies bangkit walaupun kekurangan pemain menerusi jaringan Bruno Guimaraes dan William Osula.

    Tetapi Ngumoha, yang mempamerkan aksi mengagumkan dalam pramusim untuk The Reds, menamatkan aksi Liverpool hingga ke masa kecederaan untuk menjadikannya dua kemenangan daripada dua perlawanan liga setakat ini.

    “Ia adalah debut yang diimpikannya,” kata Van Dijk.

    “Saya sangat gembira untuk Rio, saya sudah menyatakannya kepadanya bermula sekarang, dia perlu terus bekerja keras dan kekal merendah diri selain menikmati saat ini kerana selepas ini, awda tidak boleh mengambil mudah dalam kedudukan sekarang.

    “Saya pasti dengan pasukan yang ada sekarang, dia akan kembali berlatih dan menjalani sesi yang sukar lagi.”

    Newcastle disemarakkan oleh rasa marah sepanjang pertemuan kerana usaha Liverpool memburu penyerang bintang mereka, Alexander Isak, yang tidak bermain kerana keinginannya untuk meninggalkan Newcastle.

    Van Dijk berkata perselisihan antara kelab mengenai masa depan Isak seperti mencurahkan ‘minyak ke atas api’ dengan suasana yang sudah sedia ganas secara lazimnya di St James’ Park.

    “Kami semua tahu sini adalah tempat yang sukar. Kami tahu terdapat ‘keadaan sekarang bertambah panas’,” tambah pemain pertahanan Belanda itu.

    “Apa yang berlaku malam ini sudah dijangka dan bagi kami, bahagian yang mengecewakan ialah kami dibolosi dua kali. Itu tidak sepatutnya berlaku tetapi secara keseluruhannya mendapat tiga mata yang hebat.”

    Kekalahan meninggalkan Newcastle dengan hanya satu mata daripada dua perlawanan pembukaan selain masalah penyerang yang perlu diselesaikan sebelum jendela ditutup dalam masa seminggu, melainkan Isak boleh diyakinkan untuk kembali ke skuad Eddie Howe. – AFP

    Reaksi Rio Ngumoha meraikan jaringan kemenangan Liverpool menewaskan Newcastle United di St James’ Park, Newcastle, England, awal pagi tadi. –  AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda