Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalahan Arteta pertama di laman sendiri

    LONDON, 30 DIS – Chelsea menjaringkan dua gol dalam masa empat minit memberikan kemenangan terhadap pasukan tersebut setelah ketinggalan 0-1 semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin, yang memberikan kehampaan terhadap perlawanan pertama di laman sendiri buat pengurus baharu Arsenal, Mikel Arteta.

    Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno melakukan kesilapan selepas gagal menepis gol hasil daripada sepakan percuma tepat kepada Mason Mount, menjadikan pasukan Chelsea menambah jaringan gol menjadi 1-1 setelah gol pembukaan yang dijaringkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang pada separuh masa pertama.

    Jorginho membuat kekasaran terhadap pemain Arsenal, Matteo Guendouzi namun pengadil perlawanan tidak memberikan kad kuning buat kali kedua. Gol kemenangan bagi Chelsea telah terjadi setelah berlakunya serangan balas Chelsea daripada ruang penalti dengan larian Tammy Abraham yang tidak dicabar dan melakukan pasingan satu dua bersama Willian sebelum menjaringkan gol.

    Ia memberikan pengurus baharu tersebut satu mata dalam dua perlawanan sejak menjadi pengurus kelab tersebut. Kini, Arsenal berada di tangga ke-12 dan Chelsea berada di tempat keempat bagi mengukuhkan tempatnya untuk bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang, setelah mereka mengalami kekalahan di laman sendiri bersama Southampton. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda