Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalahan Bayern tingkatkan harapan Villarreal

    VILA-REAL, SEPANYOL, 7 APRIL – Villarreal memberikan kemenangan mengejut 1-0 ke atas Bayern Munich kelmarin ketika jaringan Arnaut Danjuma meningkatkan harapan pasukan Sepanyol tersebut menyebabkan kekecewaan pada suku akhir Liga Juara-juara.

    Danjuma merembat masuk hasil daripada sepakan Dani Parejo pada minit kelapan di La Ceramica untuk memastikan kemenangan mengejut, malah Bayern mungkin bernasib baik kerana tidak ketinggalan dalam perlawanan kedua di Jerman pada minggu depan.

    Sementara itu, cubaan Gerard Moreno tersasar mengenai tiang kemudian menjaringkan dalam percubaan jarak jauh tetapi tersasar selepas penjaga gol Bayern, Manuel Neuer menyelamatkan bola daripada masuk gawang, seketika meninggalkan pos gawang tersebut.

    “Kami mempamerkan prestasi permainan yang hebat dan sejujurnya kami sepatutnya menang dengan lebih banyak gol lagi,” kata pemain Villarreal, Giovani Lo Celso.

    “Kami bermain jauh lebih baik daripada Bayern,” kata Dani Parejo. “Kami telah menewaskan salah satu pasukan terbaik di dunia.”

    Juara Eropah enam kali, Julian Nagelsmann masih akan menjadi pasukan pilihan utama untuk memulihkan defisit di Allianz Arena tetapi Villarreal menunjukkan sekali lagi bahawa mereka tidak boleh dipandang remeh, setelah Juventus tersingkir dalam pusingan 16 terakhir.

    “Ia adalah kekalahan yang wajar, kami tidak bermain dengan bagus,” Nagelsmann mengakuinya. “Pada separuh masa pertama, kami mempunyai penguasaan yang terlalu lemah, kami tidak berjaya mendapatkan peluang dan kami melepaskan kawalan dalam perlawanan.”

    Pasukan Unai Emery dilihat sebagai salah satu saingan paling baik yang ada dalam undian bulan lalu, dengan kemungkinan bahawa hanya Benfica diletakkan lebih rendah daripada mereka dalam pusingan suku akhir.

    Bayern, sembilan mata di hadapan pasukan pendahulu Bundesliga, menentang pasukan Villarreal yang menduduki tempat ketujuh dalam La Liga, 12 mata di belakang pasukan empat teratas dan mara ke peringkat lapan terakhir Liga Juara-juara buat kali pertama sejak 2009. – AFP

    Aksi Etienne Capoue bersaing merebut bola dengan Serge Gnabry dan Alphonso Davies semasa perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-juara antara Villarreal dan Bayern Munich di stadium Ceramica di Villarreal, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda