Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalahan England adalah ‘panggilan untuk bangkit semula’

    LONDON, 10 JUN – Harry Kane berkata kekalahan mengejut 1-0 England kepada Iceland boleh menjadi ‘panggilan untuk bangkit semula’, sekali gus menunjukkan betapa besar tugas yang menanti mereka di Euro 2024.

    Anak buah Gareth Southgate adalah antara calon utama untuk memenangi kejohanan di Jerman tetapi persembahan pada Jumaat lalu di Wembley nampaknya gagal dan para pemain diejek di stadium yang separuh penuh itu.

    Iceland mendahului pada awal permainan menerusi Jon Dagur Thorsteinsson dan pasukan itu kemudiannya mempunyai peluang yang lebih baik untuk melebarkan kelebihan mereka ketika tuan rumah bertungkus-lumus di seluruh padang.

    Kapten England, Kane tahu terdapat pengajaran yang perlu diambil sebelum aksi pembukaan Kumpulan C mereka menentang Serbia di Gelsenkirchen pada Ahad. “Kadang-kadang awda memerlukan panggilan untuk bangkit ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu kami perbaiki, terutamanya dengan tekanan kami,” katanya.

    “Perlawanan kumpulan akan sama dengan yang ini. Kami perlu bertahan dengan baik, terutamanya terhadap hantaran-hantaran jauh, dan kami perlu lebih bersabar.”

    Kane, 30, berkata di sebalik kekalahan itu, timbulnya keyakinan yang wajar dalam kalangan penyokong England bahawa finalis Euro 2020 ini boleh melakukan yang lebih baik tahun ini.

    “Pada akhirnya, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kami dapat melakukannya dengan betul di atas padang,” katanya. – AFP

    Reaksi Kane semasa perlawanan persahabatan antarabangsa antara England dan Iceland di stadium Wembley di London baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda