Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalahan Liverpool tamatkan bulan madu Slot

    LIVERPOOL, 15 SEPT – Permulaan sempurna Liverpool di bawah pengurus Arne Slot berakhir secara tiba-tiba apabila Nottingham Forest mengejutkan Anfield dengan kemenangan 1-0 kelmarin.

    Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol tunggal 18 minit sebelum masa tamat untuk memastikan kemenangan liga pertama Forest menentang Liverpool dalam tempoh 55 tahun.

    Sebelum ini, Liverpool telah memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan mereka di bawah Slot tanpa bolos, termasuk kemenangan 3-0 di Manchester United dua minggu lalu.

    Tetapi kali ini, The Reds lembap selepas rehat antarabangsa dan terpaksa menerima padah.

    Luis Diaz tidak bernasib baik untuk mencetuskan semangat pasukan tuan rumah apabila dia merampas bola dari Ryan Yates dan namun rembatannya tekena palang pada pertengahan babak pertama.

    Diogo Jota melakukan voli terus ke arah Matz Sels, yang kemudian menafikan percubaan Alexis Mac Allister dengan tandukan tetapi Liverpool tidak pernah berjaya menentang pasukan Forest yang masih belum tewas dalam Liga Perdana musim ini.

    Pelawat juga bernasib baik apabila Sels meraba-raba cuba menahan tandukan Diaz dan berjaya mengeluarkan bola sebelum ia melepasi garisan.

    Slot cuba menghidupkan Liverpool dengan tiga perubahan tiga selepas sejam menukarkan Diaz, Jota dan Mac Allister yang kepenatan dalam tugasan antarabangsa.

    Trent Alexander-Arnold telah bermain di hadapan ke bahagian tengah, tetapi langkah itu menjadi tidak menjadi dan pemain gantian Forestlah yang membuat perubahan.

    Anthony Elanga memecut ke hadapan pada serangan balas dan mengumpan Hudson-Odoi, yang memotong ke dalam dan merembat rendah dan kuat melepasi Alisson Becker.

    Anak buah Slot gagal bangkit dan tempat duduk di Anfield malah mula kosong ketika berbaki lima minit, pemandangan yang jarang berlaku semasa pemerintahan gemilang Jurgen Klopp.

    Kekalahan menyebabkan The Reds tiga mata di belakang juara Manchester City dan Slot mempunyai sedikit masa untuk mencari penyelesaian apabila Liverpool bertandang ke AC Milan memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka pada hari Selasa nanti.

    Arne Slot memegang bola semasa Liverpool menentangg Nottingham Forest di Stadium Anfield di Liverpool kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda