Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalahan mampu mainkan peranan penting – Nicol

    KUALA LUMPUR, 8 FEB – Adalah satu kebiasaan bagi seseorang untuk menghadapi masa sukar serta kegagalan, namun dengan susah payah itulah juga menjadikan mereka kuat dan menuju kejayaan lebih besar, demikian perkongsian bekas ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David.

    Bekas pemain nombor satu dunia berusia 37 tahun yang dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Dunia hari ini lepas berkata meskipun mengecapi pelbagai kejayaan yang melengkapkan dirinya sebagai bintang skuasy paling berjaya, namun kepayahan dihadapi benar-benar mendorongnya menjadi lebih baik.

    Nicol, yang meraih 81 gelaran Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) sepanjang hampir 20 tahun dalam karier profesionalnya berkata kekalahan yang dihadapinya memainkan peranan paling penting dalam membentuknya sehingga menjadi ikon sukan berkenaan.

    “Sama ada saya kalah, menjadi pemain nombor satu dunia dan tidak tahu bagaimana mengatasi tekanan atau apa yang harus dilakukan menjadi nombor satu dunia, perasaan itu membantu saya mengenal pasti apa yang benar-benar penting bagi saya, untuk bekerja lebih keras dan mencari jalan untuk terus memperbaiki diri.

    “Ketika berada di puncak, saya belajar mengambil pertandingan sebagai sesuatu yang baik untuk saya. Saya menggunakannya untuk melihat sejauh mana potensi saya dapat pergi, bukan hanya untuk satu tahun tetapi berapa lama saya dapat bertahan dengan apa yang saya dapat.”– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda