Kekalahan pertama Setien

BARCELONA, 27 JAN – Pengurus baharu FC Barcelona, Quique Setien berusaha meningkatkan kualiti pasukannya meskipun Barcelona berada di kedudukan pertama di persada La Liga Sepanyol.

Barcelona selaku juara bertahan liga masih dalam mencari kesesuaian diri dan rentak bersama pengurus baharunya kerana Real Madrid masih mendekati kedudukan mereka.

Barcelona hanya menang tipis 1-0 menerusi jaringan Lionel Messi ketika menentang Granada pada perlawanan pertama di bawah kendalian Setien pada 19 Januari. Perlawanan keduanya di perlawanan Piala Copa del Rey Barcelona menang 2-1 menerusi jaringan Antoine Griezman semasa menentang Ibiza.

Walau bagaimanapun, Barcelona tewas menentang Valencia semalam dengan jaringan 2-0. Manakala Real Madrid menang 1-0 menentang Valladolid semalam dan memintas untuk berada di kedudukan pertama liga dengan perbezaan tiga mata. – AP

Reaksi Setien selepas pasukannya tewas menentang Valencia di Stadium Mestall, Sepanyol. – AP