Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta terus mengekalkan kebersihan alam sekitar, Pan-El Electrical & Engineering Sdn Bhd, salah sebuah syarikat tempatan di negara ini telah telah menganjurkan kempen kebersihan di Pantai Muara, baru-baru ini.
Kempen dilaksanakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 syarikat tersebut, yang mana setiap tahun kumpulan penganjur bagi kempen tersebut akan membuat kempen kebersihan pantai sebagai usaha mereka untuk meningkatkan kualiti alam sekitar.
Pengarah urusan syarikat berkenaan, Haji Amrinal bin Haji Amir menjelaskan bahawa kempen melibatkan 70 sukarelawan dalam membantu menyebarkan kesedaran alam sekitar ke arah mengurangkan pencemaran.
Kempen telah berjaya mengutip sebanyak 266.4kg sampah plastik dan bahan-bahan lain yang tidak boleh degradasi.